1. Modem
a. Perkakasan yang
menukar isyarat digital kepada isyarat analog dan sebaliknya.
b. Terdapat dua jenis
modem iaitu modem luaran dan modem dalaman.
c. Modem luaran
adalah alat berasingan daripada komputer.
d. Modem dalaman
adalah expansion card yang boleh dimasukkan kepada expansion
slot pada papan ibu komputer.
2. Kad Antaramuka Rangkaian
a. Kad rangkaian dipasang ke dalam setiap komputer.
b. Ketika penghantaran maklumat di antara dua buah komputer
dilakukan, maklumat yang akan dihantar akan melalui proses
pengendalian. Kad rangkaian bertanggungjawab melakukan proses ini.
c. Kad antaramuka rangkaian mempunyai 3 kelajuan duplex penuh
iaitu 10MB, 100MB dan 10/100MB.
|
|
3. Hub
a. Berperanan untuk menghubungkan setiap komputer di dalam LAN.
b. Hub selalunya mengandungi 8, 12, 32 port untuk menyambungkan
komputer-komputer atau alat-alat lain di dalam rangkaian.
c. Hub mempunyai 3 kelajuan duplex penuh iaitu 10MB, 100MB dan
10/100MB.
|
|
4. Kabel
a. Talian sambungan di antara setiap peranti di dalam rangkaian
merupakan kabel.
b. Dalam memainkan peranan sebagai perantara dalam penghantaran
maklumat.
c. Spesifikasi kabel yang berbeza mempunyai kelajuan penghantaran
yang berlainan.
|
|
5. Repeater
a. Adalah sebuah alat yang menerima isyarat daripada media
penghantaran, menguatkan semula isyarat tersebut dan menghantar semula
isyarat berkenaan ke destinasinya.
|
|
6. Bridges
a. Adalah sebuah alat yang menyambungkan 2 LAN yang menggunakan
protokol yang sama seperti Ethernet.
|
|
7. Routers
a. Adalah alat yang menyambungkan beberapa rangkaian termasuk
rangkaian yang menggunakan protokol yang berbeza.
b. Ia adalah alat komunikasi pintar yang boleh membuat
penghantaran data menggunakan laluan yang paling pantas.
|
|
8. Gateways
a. Adalah kombinasi perkakasan dan perisian.
b. Kegunaanya adalah untuk menyamungkan rangkaian yang
menggunakan protokol yang berbeza.
|
No comments:
Post a Comment